Sunday 17 June 2012

Super Ayah. He's my hero.

Assalammualaikum wbt

Banyak cerita tapi tiada idea untuk di jelmakan dalam bentuk ayat yang terbaik. Mungkin ini melibatkan insan yang amat aku hormati. Siapa lagi kalau bukan ayah aku sendiri. Sepatah kata darinya tidak mungkin akan aku mungkiri. Takut?? Tak jugak, tapi segalanya lebih pada suatu rasa hormat yang amat mendalam.

Terlalu banyak kenangan manis aku dan ayah. Kalau dulu selepas habis sahur, ayah boleh usap2 kepala aku, apa jadi pada aku?? Tidur la, apa lagi. Hehe. Manis saat itu. Sekarang kerana faktor kejauhan dan keadaan persekitaran, semua itu hanya kenangan, tapi hangatnya kasih ayah tak pernah padam. By the way, he's my ayah ok???

Ayah dan ceritanya. Kami adik beradik faham sangat dengan ayah. Ceritanya kekadang melampaui batas pemikiran. Paling aku ingat mestilah time bangun sahur. Ayah suka cerita yang bukan2, dengan selimut di bahu, katanya sejuk *mmg sejuk pun. Kami pulak kekadang terlampau mengantuk, tak melayan pulak cerita ayah. Tapi kalau dah lawak sangat, mata yang tadi tertutup rapat pun blh tersembur keluar. Ahhh, seperti biasa. Aku rindu :')

Sekarang aku amat2 merindui cerita dan gelak tawa di awal pagi. Aku jauh. Ayah jauh.
Kami dalam perjuangan yang sama.
Demi sayang aku pada emak dan ayah aku berjauhan.
Menunaikan janji untuk berjaya.
Demi cinta yang mendalam pada emak ayah korbankan masa dan lelahnya.
Aku terpana dengan cinta mereka.

Tidak pernah ayah mengeluh sepanjang mak sakit. *aku dh nk drama air mata la nie.
Serius, ayahlah manusia paling tabah pernah aku jumpa. 
Ada syurga di wajahnya yang semakin di mamah usia.Ayah, che' sayang ayah. Amat sayang!!!!!
Aku tahu bukan senang membesarkan anak sedegilku.

Ini post masa di Diari Dhiya'. The best story ever di dunia sana Dhiya'
Now, aku di rumah. Membolehkan aku melihat wajah2 Syurgaku :)



Happy Father's Day, Ayah.
I love you more than you love me :)

No comments:

Post a Comment