Thursday 28 June 2012

Promise ......

Assalammualaikum wbt

I promise myself ...
To be so strong that nothing can disturb my peace of mind.
To talk health, happiness and prosperity to every person I meet.
To make all my friends feel that there is something worthwhile in them.
To look at the sunny side of everything and make my optimism come true.
To think only of the best, to work only for the best and to expect only the best.
To be just enthusiastic about the success of others as I am about my own.
To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the fiuture.
To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every living creature I meet.
To give so much to improving myself that I have no time criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too for strong  fear, & too happy to permit the presence of trouble.
To think well of myself and to proclaim this fact to the world, not in loud words, but in great deeds.
To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I am true to the best that is in me.

:)
Ayat ni aku ambik tak tau dr mana. Lupa.
I just love de ayat there :)

To accept them or walk away !

Assalammualaikum wbt

Biaq gmbaq yg berceghita na :)

Tuesday 26 June 2012

Tenanglah duhai hati.

Assalammualaikum wbt

Ya ALLAH, hati ni rasa sangat2 tak tenteram.
Pikiaq banyak benda. Penat mengeluh.

Macam nak deactivate FB. Bila bukak hati x best :(
Yes and yes, aku happy utk depa, tapi sapa tak sedih. Semua sedang move on tapi aku ....

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah. Ayat 286.

Cuba untuk terus hidup dengan senyuman :)
Kawan, doakan aku kuat dan tabah. :')

Sunday 17 June 2012

Super Ayah. He's my hero.

Assalammualaikum wbt

Banyak cerita tapi tiada idea untuk di jelmakan dalam bentuk ayat yang terbaik. Mungkin ini melibatkan insan yang amat aku hormati. Siapa lagi kalau bukan ayah aku sendiri. Sepatah kata darinya tidak mungkin akan aku mungkiri. Takut?? Tak jugak, tapi segalanya lebih pada suatu rasa hormat yang amat mendalam.

Terlalu banyak kenangan manis aku dan ayah. Kalau dulu selepas habis sahur, ayah boleh usap2 kepala aku, apa jadi pada aku?? Tidur la, apa lagi. Hehe. Manis saat itu. Sekarang kerana faktor kejauhan dan keadaan persekitaran, semua itu hanya kenangan, tapi hangatnya kasih ayah tak pernah padam. By the way, he's my ayah ok???

Ayah dan ceritanya. Kami adik beradik faham sangat dengan ayah. Ceritanya kekadang melampaui batas pemikiran. Paling aku ingat mestilah time bangun sahur. Ayah suka cerita yang bukan2, dengan selimut di bahu, katanya sejuk *mmg sejuk pun. Kami pulak kekadang terlampau mengantuk, tak melayan pulak cerita ayah. Tapi kalau dah lawak sangat, mata yang tadi tertutup rapat pun blh tersembur keluar. Ahhh, seperti biasa. Aku rindu :')

Sekarang aku amat2 merindui cerita dan gelak tawa di awal pagi. Aku jauh. Ayah jauh.
Kami dalam perjuangan yang sama.
Demi sayang aku pada emak dan ayah aku berjauhan.
Menunaikan janji untuk berjaya.
Demi cinta yang mendalam pada emak ayah korbankan masa dan lelahnya.
Aku terpana dengan cinta mereka.

Tidak pernah ayah mengeluh sepanjang mak sakit. *aku dh nk drama air mata la nie.
Serius, ayahlah manusia paling tabah pernah aku jumpa. 
Ada syurga di wajahnya yang semakin di mamah usia.Ayah, che' sayang ayah. Amat sayang!!!!!
Aku tahu bukan senang membesarkan anak sedegilku.

Ini post masa di Diari Dhiya'. The best story ever di dunia sana Dhiya'
Now, aku di rumah. Membolehkan aku melihat wajah2 Syurgaku :)



Happy Father's Day, Ayah.
I love you more than you love me :)

Friday 15 June 2012

Ku Milik-Mu.

Assalammualaikum wbt

This is my favourite song :)

Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan napasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku
O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Kalah menang adat pertandingan.

Assalammualaikum wbt

It's all about 'Action Song' yang nephew aku masuk. Step by step depa mmg menang all de way.
Dari peringkat zon ke daerah ke negeri. Ya, mereka juara.
Represent Kedah State in Action Song Competition. Subhanallah, pencapaian terhebat utk dia.
Alhamdulillah, pengalaman utk dia rasa :)

13 Jun 2012, hari yg sgt depa tunggu, national level is coming :)
Aku dan kakak pulak yg berdebaq tunggu result menang atau kalah mlm tu.
Akhirnya, nasib tidak utk mereka.

Kalau dulu, setiap kali menang di setiap peringkat, depa la bersorak riang. Dah menang kan?
Kali ini, ayaq mata ja aku nampak. Serius kesian tengok, berlatih penat2 tapi x menang kan?
Tapi like my sista said :

Kasihan melihat kesedihan anak2 SK Baling atas kekalahan mereka di peringkat kebangsaan...(errrr..kebangsaan la nak oiii..final level dah). Payah jg bila asyik dok menang di setiap peringkat...sekurangnya,hari ni mereka belajar ttg makna dan kekalahan..that's life dear!!


Memang betoi pun. On that time, ALLAH hadirkan bagaimana perasaannya kalah. Perasaan peserta2 yg mereka kalahkan ketika depa menang. Dan pengajaran jugak utk aku. Setiap kali depa menang aku sendiri suka, gembira tanpa langsung x hirau perasaan peserta yg kalah :)
Tabahlah anak2, ini hanya sekecil dugaan dr Pencipta kita .. ALLAH <3 
Hidup masih panjang utk kita semua.
Berusahalah dunia dan akhirat !!

I love you kids, kamu semua rocks !!! :)


Wajah ceria sebelum keputusan





























Tuesday 12 June 2012

Bertudung Lillahi Taala.

Assalammualaikum wbt


Alhamdulillah sangat2, sbb dalam hal fesyen2 ni aku xdak mslh. Bak kata kawan aku belum masa lagi kot.
Ahha, maybe jugak kan? Heee :)

But for now, kegilaan aku mmg bukan pada fesyen. Aku pakai apa aku suka dan yg penting selesa.
Dulu jeans, T-shirt and tudung hempat segi tu bawai ka apa ka .. janji 4 segi tu. ;)
La ni, a bit change. Sikit ja ! ;( Seluar, baju yang labuh and still tudung ikan niee ..!

Aku tak kata berfesyen itu salah. Cuma ini cara aku. Hidup xdak fesyen. Boringkan ..? *Tak kesah pun ! :P
Lagi tak salah sambil berfesyen sambil tutup aurat !
Tapi tolong faham pengertian menutup aurat yang betul ya :)

Bertudung Hana Tajima ka Hana Tajimi sekalipun xdak mslh aih. Contoh : Puan Dena Bahrin, aku suka tgk dia bertudung. Bertudung pelbagai fesyen, still menutup aurat, cover her chest. Boleh contohi ya :)

Bertudung biar yang tidak jarang.
Bertudung biar tutup dada. 
Bertudung biar tak nampak leher.
Bertudung biar nampak manis.
Bertudung biar nampak sederhana.
Bertudung janganlah sampai tabarruj.

Dan ...
Bertudunglah kerana ikhlas.
Bertudunglah kerana ALLAH.

"Dress to please ALLAH, not to His creation"


Aku pun masih mencuba. Ayat yg aku highlightkan tu sentiasa aku sematkan dlm hati bila aku nak dress up. 
Kdg2 aku terjah pakai. And sometimes Alhamdulillah, aku tukaq baju lain sbb takut ALLAH.

Jom berdoa, moga ALLAH istiqamahkan hati aku, hati kita semua. 
ALLAH suka mereka yg memilih jalan kebaikan bukan..? :')
Moga ALLAH redha.

Monday 11 June 2012

Hidup Mati ketentuan dari ALLAH.

Assalammualaikum wbt



"Kami tarik balik berita, kerana anak Osman Kering mengesahkan dia tiada nadi semasa di rumah, tetapi doktor di HUKM berjaya revive nadinya. Kemaskini terbaru, Osman Kering kini berada dalam keadaan kritikal di ICU HUKM. Doakan kesihatannya."


ALLAH Maha Besar. Menangis aku baca berita nie dari FB BeautifulNara.Com.
Bukan sbb aku suka atau kenal dengan beliau, tapi bayangkan kejadian ni seolah2 diberi peluang kedua utk hidup bukan?

Tika anak sudah mula redha kepergiannya, ALLAH kembalikan dia pada anak2.
Kalau ditakdirkan dia hidup sihat, seharusnya ini adalah keajaiban ALLAH.

ALLAH mahukan begitu, begitulah jadinya.
ALLAH mahukan begini, beginilah jadinya.

Ini berita kecil, tapi ambillah iktibar buat hidup kita yang entah bila penghujungnya.
Ajal maut ini semua ketentuan ALLAH.
Kita manusia hanya mampu berdoa :')

Buat keluarga Osman Kering, moga tabah :)
Berbahagialah kerana ALLAH uji, itu tanda ALLAH sayang ! <3

Ajal tidak sesaat lambat, tak pernah sesaat cepat

Percaya. Percaya.

Assalammualaikum wbt

Entry ni utk Mak dan Ayah yang tercinta :)
Alhamdulillah  atas kurniaan tidak terhingga ke atas kami Ya ALLAH - Mak & Ayah yg membahagiakan :)
Kalau nanti sudah sampai rezeki aku utk bekerja, momen yg paling aku rindu ialah ini :')

- since my Mak had a stroke, Mak ada sedikit kesulitan utk berckp properly. After 3 years, byk sgt progression. So, kami adik-beradik kena teka apa Mak nk ckp or maybe bila Mak nak makan something. Susah but we manage to make it. Masa duk rumah tanam anggur nie, nobody kat umah, Ayah la yg kena main teka2 ngan Mak. Kadang2 Mak gelak2 ja bila Ayah saja buat tatau apa Mak sebut :') .. dat's it, I'm happy !!

- Rindu nak tanya apa Mak Ayah nak makan tengahari & malam. Penat pikiaq sbb aku tak la reti masak sangat pun. Huhu. Bila tanya Mak Ayah masing2 akan jawab tatau .. Hehe. Kekadang geram dengan ayah tapi benda tu la yg berulang almost everyday :) dah jadik bahan gelak pulak, ayah kata 'tatau' bukan boleh makan. Hehe, ayah2 :)

- Since aku dh officially tamat study, tugas sapu minyak kat Mak dh dpt kat aku :) hehe, abg ckp sbb aku kan student fisoterapi. Haha, okay laa .. wil miss dis jugak. Sebab kat sini, aku tau yg Mak Ayah aku dh semakin dimamah usia, separuh usianya hanya utk kami :') dah banyak kedutan pada kulitnya. Bukti kerja keras mereka. Ya ALLAH, sampai mati pun aku x dpt balas jasa mereka ..

- Mak and me keep counting berapa kali tokke yg duk blkg almari kat store ayah tu duk bunyi. Sounds funny, tapi still sweet moment utk aku. Dear Tokke, sila membesaq dgn cepat boleh juai :p

Aku sedang bermuhasabah diri sebenaqnya, bila tertekan pasai kerjaaa :( ramai kawan cakap dan mmg betoi pun as human being kita mmg kena put trust in ALLAH. 

.. Dan aku percaya ALLAH sedang menunaikan impian dan doa aku lewat dahulu utk menjaga Mak & Ayah tika tua mereka menjelang. Aku percaya doa aku sedang dimakbulkan. Aku percaya mmg ini waktu terbaik utk aku bersama mereka. Aku percaya ALLAH sedang memproses doa aku sekarang ini. Mungkin lewat, tapi inilah yang terbaik :) Aku juga percaya, redha ALLAH ada seiring redha Mak & Ayah aku. 

Sorry, I'm hurt actually bila ada yg kata aku manja sbb nak crik keja dekat dengan Mak & Ayah.
YES I AM !! Manja pada satu-satunya Mak & Ayah aku, and that thing tak pernah salah malah menambah pahala :)

Aku percaya padaNya. Percaya pada kasih sayangNya.

‎"Kita terlalu sibuk menjadi dewasa.
Tetapi kita lupa ayah dan ibu kita semakin hari semakin tua..."

Jom jadi anak Soleh/Solehah :) Masih belum terlambat !!!

Saturday 9 June 2012

Berubah. Changes.

Assalammualaikum wbt

Dua perkataan yg maksudnya sama, cuma dr bahasa yg berlainan.
Mudah disebut, mudah utk ditaip, mudah utk kita ungkap.

Berubahlah ! Berubahlah ! Berubahlah !

Bila aku sendiri lalui fasa ni dlm hidup aku, ya aku akui x mudah utk kita berubah sebenaqnya.
Aku tepuk tangan utk depa2 yg berubah sepenuhnya.
Err, perubahan yg aku maksudkan dari bad to good la ye, jangan dari good to bad pulokk ;)

Banyak cabaran tu ya. Aku bermula dengan FB sebenaqnya, aku mula utk sikit2 buat status yg lebih 'sopan' 'baik' dari sebelum2 ni yg kdg2 memalukan aku sendiri. Jadi, bila nak buat jahat di realiti hidup aku akan jadik malu, malu sbb status FB aku yg baik2 ini, maka aku mula kawal diri dan berubah sikit2 ..

Sikit-sikit lama-lama jadik bukit bukau kannn??? :)

Dari situ, aku mula tertarik dengan rasa takut dan malu ni, bermula takut dan malu pada manusia sekeliling, aku mula takut pada ALLAH. Yang sebenaq-benaqnya kita harus takut kan? Bila aku sorang2 pun aku takut nak buat something bad .. perasaan ni ssh nak describe.

Dan sekarang setiap saat, selama ni aku tutup mata atau baru sekarang ALLAH nampakkan semua utk aku?
Setiap saat, apa saja terjadi, aku mula sedaq yg ALLAH itu Maha Kuasa. Mula positif. Mula berubah.

Bila rasa nak mengeluh aku mula ingatkan diri aku, aku harus bersyukur aku masih bernyawa, masih ada keluarga dan kawan. Tak putus makan hari2. Tak putus nikmat hidup yang ALLAH bagi :)
Setiap perubahan itu ada hikmahnya bukan?

Berubah itu mungkin mudah,tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah :)


Jom jadik lebih baik dari semalam. 
Walau hanya seinci lebih dr semalam .. ada perubahan jugak kan tu ?

Married :)

Assalammualaikum wbt

Wah, makin hari makin ramai yg kengkawan aku yg dah kawen nie.
Moga semua bahagia sampai Syurga la hendaknya. Eh, yg kawen tahun lepas dah pregnant pun ^___^
Sukanya tengok ... anda bila lagi? haha.

Membahagiakan sungguh tengok orang kawen nie kan? Tambah2 kalau family sendiri, syahdunya.
Nak share momen abg2 aku kawen dulu, 25 Disember 2011. Sibuk jangan cakap la.
Preparation berbulan utk majlis yang 2 3 hari ini. Tapi bila tengok saudara mara datang, kumpul sembang2, perasaan rasa best. Alhamdulillah atas nikmat ikatan keluarga yang Kau berikan pada kami semua.

La ni pulak bila attend kenduri kawan2 alahai rasa sangat time flies kan?
Macam baru ja duk bergelak sakan dlm kelas. Duk kena denda ngan cikgu, la nie dah jadi isteri/suami orang.
Padahal dulu duk bergaduh ja dalam kelas. Ada yang dh jadi ayah pun.
Hai, masa berlalu, kita tak sedaq pun. Kita pun bakal menjadi isteri dan suami somebody InsyaAllah ^__^


Utk yang masih single itu, ALLAH sedang aturkan hidup kita pasti dengan perancangan yang maha Hebat.
Super Awesome. Super duper terbaik dari ALLAH utk kita :)
Maka bersabarlah, sebelum dtg si dia yg ALLAH janjikan, jom berbakti pada orang tua kita yg terbaik itu !

Entah siapa dia, bakal pemilik cintaku ini. Entah di mana dia, masih berjuangkah ? langsung tidak mengenalimu, katanya kita sudah tercipta utk bersama sejak kelahiran dulu. Lewat hari itu. Siapa ya kamu, sentiasa tertanya .. I'll wait for you :) aku akan terus bersama cintaku pada-Nya. Aku mencintai ALLAH lebih darimu. Harap kamu juga begitu. 

Warkah ini untukmu .. bakal pemilik hatiku, NA ♥ :D

Friday 8 June 2012

Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan :)



Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....

Favourite Quote :

"Persahabatan..ada kasih sayang yang lain, kasih sayang yang lebih daripada keluarga tapi kurang daripada kekasih" 


Rasa tertarik dak hati2 hampa utk baca..?
Kalau rasa nk pinjam novel nie calling2 lah aku .. aku buat sewa.

Love you Lillah guys :)

Perihal Syurga !

Assalammualaikum wbt

Ingat tadi nak tidoq dah sekali rasa nak talkin2 pasai SYURGA idaman semua.
Syurga Abadi.
Syurga Hakiki
Syurga ALLAH.

Memang ni pun destinasi terakhir idaman kita semua ummat manusia bukan?
Rasa nyaman bila bercakap pasai Syurga ALLAH nie, mata merah tetiba ada ayaq.
Bukan pa rasa x layak sungguh nak masuk pintu Syurga Terindah tu.
Banyak dosa, banyak khilaf.

Dan apa yg buatkan aku nak tulis pasai idaman kita nie, pasai aku terpikiaq sebenaqnya mana Syurga nie?
Selalu org kata Syurga di bawah telapak kaki seorang Ibu.
Eh, tak payah la nak g sesentuh kaki mak tu, geli pulak dia. Hehe ;) Apa pun tak boleh hampa nie !

Bila dah kahwin utk seorang wanita, berubahlah Syurganya tika akad berlangsung.
Syurga pada si suami ^__^

Mari merenung .. kehadapan bukan ketepi ya anak2 ..
Bercakap dari mata aku yg perempuan ini

Syurga seorang isteri adalah pada suaminya.
Syurga suami itu di bawah telapak kaki ibunya.
Syurga si Ibu itu pada suaminya, ayah kamu lah yer ..

Jom, hargai orang tu selagi mereka ada. Selagi mereka memahami apa yg anda cakapkan
Selagi mereka masih kuat berjalan. Selagi mereka masih mampu membalas pelukan anda. Selagi dia boleh bergelak dengan kita. Please, aku memohon dengan sangat.

Sebab bila saat itu berlalu, kita akan sangat menyesal. Menyesal dengan sangat!!
Bercakap dr pengalaman aku sendiri. Dan aku masih bersyukur Mak Ayah sedang sihat dan sentiasa sihat depan mata aku dan kami berlima.

Our parents looked after us when we were helpless infants, so why do we find it a burden to look after them when they are in need of care?

Aku sayang sungguh Mak Ayah aku <3 I love them soooo much !!

Salam Jumaat semua.

Thursday 7 June 2012

Cemburu Seorang Perempuan

Assalammualaikum wbt

Okay, aku sangat addicted dengan novel nie, thanks to my sis yang beli dan introduce utk baca nie :)
Best sangat best. Ohsem sangat ohsem.

Hampa kena baca dengan perasaan so baru tau feeling yg aku nak cerita nie.
Aku selalu adore semangat si Dhiya' ni. Sangat laaa baik hati dan rasa2 xdak kot dlm dunia serba realiti nie.
Btw, nak tgk kegilaan aku, tgk la email aku pun ada nama Dhiya' kottt. Haha ;)
Try baca, tapi ni novel lama kot .. edaran creative nie. Susah mau cali oo. Limited Edition maybe !!

Selalu nak jadik macam Dhiya'. Susah la.
Tak setabah dia >__<
Tak sebaik dia T__T
Tak jumpa Zikrillah lagiiii ^__^

Menyampah dah la tu ngan statement aku tu. Hehe.
Next aku cerita pasai novel nie na. Tak pun sinopsis jadik la.
I tak teror BM. Dulu SPM dapat A++ ja >__<

Sapapun aku adore dan suka, aku tetap akan end up my day as myself.
The real good of myself.


I’m not perfect & I’m not trying to be. I’m just being me, that’s all that I can do.


Esok Jumaat, let's recite Al-Kahfi. Make time for ALLAH :)
Be good friends. 



Wednesday 6 June 2012

Super Me !!!

Assalammualaikum wbt

Rindu gila nk blogging. Masa xdak. Mood hilang. Idea lari.
For those yg kenai aku dari dulu, so hampa tau kan aku penah  bertakhta di dunia 'Diari Dhiya'. Miss it :')

Aku tutup DD atas banyak sebab

- lama x update
- kat sana I'm too open about myself and family and friends and other thing.
- aku tutup utk bg ruang pada diri mencari diri aku sebenaq-benaqnya
- sbb aku PRAKTIKAL time tu, internet nan ado ;(

Aku nak kongsi first post aku masa kat DD :')

"Tercetusnya semangat nk menulis ni bukan bru untuk aku. So far aku suka tangguhkan untuk sesuatu yang lain. Mean - study, family. Cuma hadirnya laman blog ini hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan suasana hidupku sepanjang tempoh ALLAH pinjamkan umurku ini. Sudah 21 tahun aku hidup dan inilah kali pertama aku berkongsi segalanya. Blog ini hanya pendapatku nur awatif yang ingin sekali menjadi dhiya' sepanjang hidupnya. Maafkan ku andai ada kata yang datang kemudian hari ada yang terhiris kerananya. "I'm human..."

Nice. Aku teriak baca nie, teriak sikit ja la. Now, I'm 24 years old.
I'm still me. Human being. Make mistake. Do forgive.

Aku blog sebab aku suka.
Blog sebab suka menulis .. err menaip mungkin lebih tepat.
Blog sebab nak share sesuatu dgn hampa.

Aku tak blog utk follower :) !