Sunday 22 July 2012

#Ramadhan 2 : Have you?

Assalammualaikum wbt


How are you people? 
Have you read your Quran today?

Jom2! Baca2! 
Sure dapat ketenangan.
Lagi best kalau dpt baca terjemahan sekali (I'm still struggling on this)

Selamat membaca !!

#Ramadhan 1 : Set a mission !!

Assalammualaikum wbt


Selamat berpuasa semua.
Okay, Ramadhan kali ni takkan sama. Semua mesti ada upgrade sket k :)

So, kartun kat atas tu suh set a mission. I have my own mission too. 
Tapi aku decide utk tak publish dekat sini.
Itu mission between me and ALLAH :)

Ok guys, lets have a better Ramadhan this year. Kita mungkin tak jumpa lagi Ramadhan tahun depan :')
Grab as much as you can!
Do it seikhlas mungkin !
Do it because of ALLAH !

Ramadhan Mubarak! 
Let's make the most of every moment we get during this blessed month. 
InsyaAllah. May ALLAH have mercy on our souls.
Amin. Amin. Amin.

Thursday 12 July 2012

Marilah Bersyukur !!

Assalammualaikum wbt

Semua orang rezekinya tidak sama.
Ada yang dapat kerja awal.
Ada yang dapat jodoh awal.
Ada yang dapat peluang sambung belajaq tinggin-tinggi ke langit.
Ada yang murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan macam2 lagi yang ALLAH bagi.

Tapi jangan sombong, sebab tu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenarnya ialah ALLAH SWT !!


Ingatlah kesenangan pun sebenaqnya satu ujian buat kita :)

Cantiknya gambar awak !

Assalammualaikum wbt




Kita upload gambar itu.
Dalam gambar itu, mungkin diri kita menutupi aurat dengan elok dan comel.
Tapi tidak orang lain yang berada dalam gambar itu. Mungkin ada kawan kita, makcik kita, sepupu kita, atau sesiapa saja yang tidak menutupi aurat secara comel dan sempurna.

Kita, jangan jadi pentingkan diri sendiri.
Jadilah sensitif dan 'berlaku adillah' pada orang lain.

Selain daripada kisah dengan aurat kita dan tidak mahu ia terpapar untuk orang yang bukan mahram, kita juga perlu kisah dengan aurat saudara kita yang lain. Walaupun dia sememangnya tidak menutupi aurat di luar, janganlah kita menambah peluang auratnya dilihat oleh orang lain di Facebook ini. Peliharalah saudara kita.

Sensitif dan pekalah dengan gambar yang anda upload.
Walau aurat sesuku lengan terselak, usahlah upload. Dan prihatinlah dengan itu!

Selalu dan selalu saya perasan akan fenomena yang dianggap kecil ini dan mungkin ianya tidak pernah terfikir pun oleh kita. Kan? :(

Si A mengupload gambarnya dengan Si B. Si A comel menutupi aurat sedang Si B berpakaian ketat dan cuma aurat lengannya kelihatan. ( Cuma? T__T )

Allahu. Tidakkah itu kita bersikap 'pentingkan diri'?

Kita menjaga aurat kita, sedang saudara kita? Kita bertindak sambil lewa.!

Astaghfirullah. T__T
Cuba fikir. Muhasabah. Renung dalam-dalam.
Astaghfirullah. Saya juga bertatih untuk bersikap lebih sensitif dan prihatin. :'(
Mari berubah!

# Untuk LEBIH SELAMAT, USAHLAH upload gambar kalian jika anda fikir-fikir ianya tidak punya manafaat.



*Aku kopi pasta dari mula sampai last entry ni dari Cik Fisioterapis Solehah. TQ Sister :)
*Untuk peringatan kita semua dan bersama. 


Saya sayang kawan2 saya <3

Rahasia Forever Young !! Baca ler !!

Assalammualaikum wbt

Semua org pun nak nampak cantik sentiasa kan? Lagi best kalo nmpak muda sentiasa gitu. Haha ^_^
Walaupun hakikatnya umoq kita tetap meningkat .. hehe

Jom amalkan nie :)

Bangun pagi baca doa bangun tidoq pastu minum ayaq sambil selamat.
Solat subuh, eh b4 tu amik la wudhu' dulu na.
Lepas solat amalkan baca Surah Yusuf ayat 1 - 4 & baca Surah Al-Waqiah ayat 35 - 38.
Mulakan segala urusan niat kerana ALLAH.
Berikan kemaafan kepada semua.
Amalkan la.

Oh, sesungguhnya aku hanya mampu buat 2 yg pertama ja. Yang len selalu dak.
Tak pa, sikit2 ok. Lama2 jadik bukit !!
Semangat ! Ceria ! Senyum !

Baru nampak kacak dan bergaya ! Comel macam aku ! eh, errr .. hehe :))))

Cute mcm budak nie !! Moga solehah itu kamu Hasya Nurain

Cinta itu fitrah ^_^ Mr. Dhiya' !! ;)

Assalammualaikum wbt

Kalau kita sukakan seseorang jangan beritahu si dia.
Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada ALLAH, beritahulah ALLAH.
ALLAH Maha Mengetahui siapa jodoh kita.

Cintai dia dalam diam. Dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilirlah hanya kepada ALLAH.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoa dan berpuasalah.


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32)

Entah siapa dia bakal pemilik cintaku ini. Entah di mana dia, masih berjuangkah? Langsung tidak mengenalimu. Katanya kita sudah tercipta utk bersama sejak kelahiran dulu. Lewat hari itu. Siapa ya kamu, sentiasa tertanya. I'll wait for you :) 

Aku akan terus bersama cintaku pada-Nya. Aku mencintai ALLAH dan RASUL lebih dari dirimu. 
Harap kamu juga begitu.

Warkah ini untukmu, bakal pemilik hatiku, Mr. Dhiya' ;)

The Dhiya' ;)

Mari berjuang !! 

See, artis pun berubah. Love Irma !!

Assalammualaikum wbt

Pehh, kali ni cakap pasal retis la pulak. I love her. Love Irma Hasmie.
Suka dengan perubahan dia and sbb aku penah tengok dia komen yg dia tak nak org highlightkan sangat cerita dia bertudung. Subhanallah, sekejap mata. ALLAH mahu dia berubah. Dia terus berubah!

Dari debu menjadi permata agama :')
Ini sememangnya super duper muper ohsem !!!
Barakallah Sister Irma Hasmie ... Moga istiqamah !

Pure sangat muka Irma time nie

Eh, ni masa rakaman video Syoknya Puasa ! - "Ramadhan kali ini" !! Aku ulang 100 kali ^__^


Sekarang dia dah kahwin pun. Sweet sgt la kan cerita dia !! Semua org pun dah tau :) Tak pyh crita la !

Pipi kembong. Comel okay !
Adui, gambaq pipi kembong tu sangat la cute. Nanti nak buat jugak la, boleh tak awak? >__<
Wartawan : Kenapa Irma pilih dia jadi suami?
Irma : Mana ada saya pilih, ni ALLAH bagi.

"Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair"

Haruslah percaya pada Sang Pencipta !

Assalammualaikum wbt

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
Ketika harapan dirasakan tiada lagi


"Beritahu kepada hamba-hambaku, katakan wahai hamba-hamba ALLAH yg mana mereka kecewa terhadap diri mereka. Jangan putus asa terhadap rahmat ALLAH. Jangan mereka kecewa dengan rahmat ALLAH. ALLAH mengampunkan segala dosa."
Surah Azzumar : Ayat 53

Ketika diri tiada tempat utk meluah
Melepaskan segala resah di jiwa

Islam suruh manusia baiki diri dia bila2 masa. Islam tak suruh buat pengakuan utk ceritakan keaiban dia. Istighfar kepada ALLAH. Baliklah kepada Tuhan. Minta ampun kepada ALLAH

Pintu keampunan ALLAH. ALLAH buka pintu keampunan pada waktu siang utk Dia mengampun yg berbuat dosa pada waktu malam dan dibuka pintu keampunan pada waktu malam utk mereka yg berbuat dosa pada siangnya.

Usah berputus asa dengan rahmat ALLAH
Teruskan perbaiki diri

ALLAH menyatakan, "Wahai hambaku, jika dosamu setinggi langit, banyaknya drpd bumi hingga ke langit, kemudian engaku beristighfar, engkau pohon keampunan daripada-Ku. Aku ampunkan kau.

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Hanya kepada-Nya kita sembah
Hanya kepada-Nya kita memohon

"Kamu berdoalah kepada ALLAH dlm keadaan kamu yakin kamu akan diterima"
"Ketahuilah ALLAH tidak akan menerima doa drpd hati yg lalai dan alpa, Dia tidak terima"

"Bila hamba-hamba Ku bertanya engkau Wahai Muhammad tentang Ku, maka sesungguhnya Aku dekat"
"Aku menyahut seruanku dan beriman  kepada Ku mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk"
Surah Al-Baqarah : Ayat 186

Kita seringkali terlupa bahawa ALLAH lebih tahu apa yg kita perlukan
Teruskan mengharap dengan Tuhanmu
Manusia berhubung terus dengan ALLAH. Dia minta.

Iblis minta supaya di panjangkan hayatnya sampai Kiamat. ALLAH perkenankan
Takkan hamba-Nya yang solat Dia tak tunaikan. Tentu ALLAH bagi :)

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri
Selagi nyawa dikandung badan.
Peluang utk kembali kepada Tuhan .. tidak pernah tertutup

Muslim, 
Jika hendak bertaubat tidak perlu isytihar diri
Jika ingin meminta dari ALLAH, tidak perlu perantaraan


.: Manakah agama yg lebih memberikan ruang utk manusia balik kepada Tuhan lebih drpd  apa yg diberikan oleh Islam :.

Wednesday 11 July 2012

Mustajab atau terhijab?

Assalammualaikum wbt

Berdoa bukan untuk memberi tahu ALLAH apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun ALLAH sedia mengetahui. 
Doa adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.


Teruskan berdoa :)
Jangan putus asa :')

Selamat Datang Si Ohsem Ramadhan :)

Assalammualaikum wbt

Hello people, dekat FB, dekat Twitter dekat blog ramai yg dok counting Ramadhan.
Subhanallah, it's amazing. Semua pakat seronok nak berpuasa. Bulan ibadah.
Aku pun. Ramadhan dengan Mak dan Ayah. I'm happy. Tak semua bertuah mcm aku ;)

Aku jumpa dkt FB tentatif utk Ramadhan. Best jugak. Ada garis panduan utk org yg mcm aku terkedek2 nak merangkak mencari kasih sayang ALLAH all along Ramadhan kali ni. Sedihh sungguh aku nie. Haha.

So, hampa2 semua check it out ya :)


Depa kata kalau xleh buat semua, jgn tinggal semua pulak.
Aku sangat excited nak masuk Universiti Ramadhan ni.
Anda bagaimana..??? :)