Sunday 20 January 2013

Sesungguhnya aku bersyukur ..

Assalammualaikum wbt

Kala tengah malam ini, sedang buat milo sebenarnya, tiba-tiba dengaq mcm benda kuat jatuh, aku mula cari dari mana sumber bunyi itu. Ternyata dtg dari rumah jiran yang sedang bergaduh tanpa aku tahu puncanya. 10 minit kemudian ia makin reda, sudah tentu selepas kedengaran 2 3 barang yg dijatuhkan ...

Allah :'(

ALLAH datangkan pada kita segalanya dlm pelbagai cara. ALLAH sentuh hatiku.
Sentuh supaya timbul rasa bersyukur atas apa yang telah aku miliki hari ini.

Ibu dan ayah yang tidak pernah bertingkah sebegitu rupa.
Kakak abang yang baik.
Ipar duai yg tidak banyak kerenah.
Anak2 yang membanggakan ..

Kiranya dari semua ini, adakah harus aku mengeluh bahawa hidup ini kejam?
Aku tidak bahagia? Hidup ini pahit?

ALLAH tegur aku melalui mereka yg bertengkaran supaya aku tahu yang aku perlu bersyukur kerana tulang belakang aku - KELUARGA amat sempurna Dia ciptakan untuk ku. Sedangkan ada insan yang sedang menderita tiada ibu dan ayah, tiada kakak dan abang, tiada ipar duai, tiada anak2 penyeri hidup.

ALLAH menyuruh aku bersyukur atas nikmat ini. Juga nikmat2 yang lain.Indahnya bahasa Mu Tuhan. Tidak sedikit pun Kau sakiti aku untuk menyedarkan aku ...

Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH telah kurniakan pada kita.
Pada yang sedang diuji dengan keluargamu, bertabahlah ..
Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Ya, pasti. Kerana aku sendiri sudah merasainya :')

Alhamdulillah. Step by step ..
Moga ALLAH merahmati kita semua.

Sunday 6 January 2013

Anak-anak hebat!

Assalammualaikum wbt

Terbaca ni di FB. Nak share. Nak simpan buat semangat bila xdak semangat nanti. :')


‎"Maka apabila kamu selesai dengan sesuatu urusan, tetaplah berkerja keras untuk urusan yang lain. Dan kepada tuhanmu sahajalah hendaknya kamu bertawakkal." (Surah As-Syarh)

Ini anak-anak dekat sini, ya. Habis selamatkan diri dari bom and peluru everything, pergi sekolah cari ilmu pulak. Mungkin nampak mcm tak begitu significant sgt. Mungkin, nampak mcm bukanlah benda besar sgt, pergi sekolah je pun.. Ooh, tapi percayalah, it takes HUGEEE motivation untuk pergi sekolah kalau rumah dan keluarga baru kena bom. Kita ni, baru habis cuti raya pun dah berat nak masuk kelas semula, ye tak? Huhu.

Memang mereka ni anak-anak yang terpilih. Terpilih, utk menghuni tanah ini.

Bila ditanya ibu2 disini, apa yg mereka buat di rumah hari-harian, kami expect mereka akan cakap la mereka kemas rumah ke basuh baju ke lipat kain ke apa. Tapi jawapan pertama yang selamba terbang keluae dari mulut mereka ialah, "ajar anak2 pergi masjid. Solat ikut imam (bukan ajar solat ya. Ajar SOLAT IKUT IMAM), ajar baca quran dll."

(:

Terkedu.


Subhanallah, aku mencintai semangat anak2 ini.
Moga terpercik pada diri ini.

Kredit to : Eushahida Raffar (Huda)

Parenting Tips : Pentingnya solat malam.

Assalammualaikum wbt

Parenting tips? Eh macam teror sangat aku kan? Hehe, no la. Since kebelakangan ni mcm terlalu byk tips2 bertebaran di FB and I can't remember it at all. (habis la otak nk ingt bila ada anak t) 

So, I've decide to tempel it here dgn segala macam tips.
InsyaAllah in future, akan banyak lagi tips yg bakal dikongsi, yang mana aku tahu la kan.

So, harap berguna.
For me. For you. For everyone.



PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..

Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik.
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed~



Apa? Kena solat malam? Quite hard kan? 
Sure susah nak tinggal selimut bantal pada malam yg sejuk2, baik tido kan!
Tapi bangun malam tu sangat tenang dan menenangkan. 
Berdoa ketika kita tahu ramai yg masih tidur, sgt best!
Untuk aku, aku rasa seolah2 waktu tu ALLAH sgt mendengar doa aku. Direct terus pada ALLAH.
Rasa aku tgh mengadu pada ALLAH tanpa ada yang lain kacau. (walaupun sure masih ramai yg lain bgn kan)

Subhanallah, ketenangan tu sukar aku raih!
Kedamaian yg ALLAH campak ketika itu sukar utk gambarkan!
Girangnya aku, walau berdoa dalam tangis.

Aku berharap aku terus istiqamah! Sekarang nie banyaknya aku kalah pada bantal dan selimut. T____T
Jom, solat malam utk diri sendiri, utk keluarga dan bakal keluarga ;)

Wednesday 2 January 2013

Stress? Al-Quran penawarnya :)

Assalammualaikum wbt

Actually tak perlu pun nak kena beritahu, kena tahu sendiri, AL-QURAN mmg penawar segalanya.
ALLAH dah dulu beri kita surat cintaNya utk kita baca dan tafsir agar hati menjadi tenang
ALLAh lebih dulu tahu ada masanya kita akan rasa tertekan dgn dugaan dan ujian dariNya.
ALLAH sudah tuliskan penawar utk kita. Milikilah. Bacalah. Hadamlah ...

Al-Quran ternyata mukjizat teristimewa.
Surat cintaNya melalui Nabi Muhammad kepada kita hambaNya.



InsyaAllah. Hati akan jadik tenang.
For you. For me. For everyone :)

Tuesday 1 January 2013

Short entry. Harapan yg panjang!



ALLAH tak terus-terusan bagi kita rasa sedih sehingga sampai suatu tahap
 kita merasakan ALLAH tak sayang ..
Tapi ALLAH akan ganti air mata yang bercucuran itu cuma masanye belum tepat kerana takut diberi saat kamu meminta kamu tidak merasakan erti bahagia.
Allahurabbi :')


ALLAH menduga kerana DIA tahu yg kita mampu...
ALLAH menguji kerana DIA sayangkan kita...
ALLAH tahu apa yg kita mahu cuma DIA mahu kita terus merintih pada NYA...
ALLAH mahu kita sentiasa bersama DIA itu sebab DIA sinari hidup kita dengan HIDAYAH dariNYA.....