Sunday 20 January 2013

Sesungguhnya aku bersyukur ..

Assalammualaikum wbt

Kala tengah malam ini, sedang buat milo sebenarnya, tiba-tiba dengaq mcm benda kuat jatuh, aku mula cari dari mana sumber bunyi itu. Ternyata dtg dari rumah jiran yang sedang bergaduh tanpa aku tahu puncanya. 10 minit kemudian ia makin reda, sudah tentu selepas kedengaran 2 3 barang yg dijatuhkan ...

Allah :'(

ALLAH datangkan pada kita segalanya dlm pelbagai cara. ALLAH sentuh hatiku.
Sentuh supaya timbul rasa bersyukur atas apa yang telah aku miliki hari ini.

Ibu dan ayah yang tidak pernah bertingkah sebegitu rupa.
Kakak abang yang baik.
Ipar duai yg tidak banyak kerenah.
Anak2 yang membanggakan ..

Kiranya dari semua ini, adakah harus aku mengeluh bahawa hidup ini kejam?
Aku tidak bahagia? Hidup ini pahit?

ALLAH tegur aku melalui mereka yg bertengkaran supaya aku tahu yang aku perlu bersyukur kerana tulang belakang aku - KELUARGA amat sempurna Dia ciptakan untuk ku. Sedangkan ada insan yang sedang menderita tiada ibu dan ayah, tiada kakak dan abang, tiada ipar duai, tiada anak2 penyeri hidup.

ALLAH menyuruh aku bersyukur atas nikmat ini. Juga nikmat2 yang lain.Indahnya bahasa Mu Tuhan. Tidak sedikit pun Kau sakiti aku untuk menyedarkan aku ...

Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH telah kurniakan pada kita.
Pada yang sedang diuji dengan keluargamu, bertabahlah ..
Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Ya, pasti. Kerana aku sendiri sudah merasainya :')

Alhamdulillah. Step by step ..
Moga ALLAH merahmati kita semua.

No comments:

Post a Comment