Sunday 6 January 2013

Parenting Tips : Pentingnya solat malam.

Assalammualaikum wbt

Parenting tips? Eh macam teror sangat aku kan? Hehe, no la. Since kebelakangan ni mcm terlalu byk tips2 bertebaran di FB and I can't remember it at all. (habis la otak nk ingt bila ada anak t) 

So, I've decide to tempel it here dgn segala macam tips.
InsyaAllah in future, akan banyak lagi tips yg bakal dikongsi, yang mana aku tahu la kan.

So, harap berguna.
For me. For you. For everyone.



PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..

Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik.
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed~



Apa? Kena solat malam? Quite hard kan? 
Sure susah nak tinggal selimut bantal pada malam yg sejuk2, baik tido kan!
Tapi bangun malam tu sangat tenang dan menenangkan. 
Berdoa ketika kita tahu ramai yg masih tidur, sgt best!
Untuk aku, aku rasa seolah2 waktu tu ALLAH sgt mendengar doa aku. Direct terus pada ALLAH.
Rasa aku tgh mengadu pada ALLAH tanpa ada yang lain kacau. (walaupun sure masih ramai yg lain bgn kan)

Subhanallah, ketenangan tu sukar aku raih!
Kedamaian yg ALLAH campak ketika itu sukar utk gambarkan!
Girangnya aku, walau berdoa dalam tangis.

Aku berharap aku terus istiqamah! Sekarang nie banyaknya aku kalah pada bantal dan selimut. T____T
Jom, solat malam utk diri sendiri, utk keluarga dan bakal keluarga ;)

No comments:

Post a Comment