Thursday 4 October 2012

Realiti Masyarakat kita !!

Assalammualaikum wbt

Sekadar perkongsian dari facebook ke dunia blog ini.
Penyakit masyarakat kita yg suka menuding kesilapan orang lain tanpa terlebih dulu melihat silap diri sendiri.
Katanya nak menegur tapi caranya saja cukup salah.

Aku lebih senang berpendapat yang seharusnya kita perbaiki diri kita dulu sebelum nak menegur atau pun menuding jari atas kesilapan orang lain.

Ya, tidak ada manusia yang sempurna. Tapi tidak ada salahnya kita sama-sama berpimpin tangan mencari kesempurnaan dunia dan akhirat bersama, :)

Gambar ini sudah cukup menceritakan segalanya !!


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum p
erempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. 

Surah Al-Hujurat, Ayat 11.


Sekian, fikirlah dengan pandangan mata hati :)

No comments:

Post a Comment