Thursday 12 July 2012

Cantiknya gambar awak !

Assalammualaikum wbt




Kita upload gambar itu.
Dalam gambar itu, mungkin diri kita menutupi aurat dengan elok dan comel.
Tapi tidak orang lain yang berada dalam gambar itu. Mungkin ada kawan kita, makcik kita, sepupu kita, atau sesiapa saja yang tidak menutupi aurat secara comel dan sempurna.

Kita, jangan jadi pentingkan diri sendiri.
Jadilah sensitif dan 'berlaku adillah' pada orang lain.

Selain daripada kisah dengan aurat kita dan tidak mahu ia terpapar untuk orang yang bukan mahram, kita juga perlu kisah dengan aurat saudara kita yang lain. Walaupun dia sememangnya tidak menutupi aurat di luar, janganlah kita menambah peluang auratnya dilihat oleh orang lain di Facebook ini. Peliharalah saudara kita.

Sensitif dan pekalah dengan gambar yang anda upload.
Walau aurat sesuku lengan terselak, usahlah upload. Dan prihatinlah dengan itu!

Selalu dan selalu saya perasan akan fenomena yang dianggap kecil ini dan mungkin ianya tidak pernah terfikir pun oleh kita. Kan? :(

Si A mengupload gambarnya dengan Si B. Si A comel menutupi aurat sedang Si B berpakaian ketat dan cuma aurat lengannya kelihatan. ( Cuma? T__T )

Allahu. Tidakkah itu kita bersikap 'pentingkan diri'?

Kita menjaga aurat kita, sedang saudara kita? Kita bertindak sambil lewa.!

Astaghfirullah. T__T
Cuba fikir. Muhasabah. Renung dalam-dalam.
Astaghfirullah. Saya juga bertatih untuk bersikap lebih sensitif dan prihatin. :'(
Mari berubah!

# Untuk LEBIH SELAMAT, USAHLAH upload gambar kalian jika anda fikir-fikir ianya tidak punya manafaat.



*Aku kopi pasta dari mula sampai last entry ni dari Cik Fisioterapis Solehah. TQ Sister :)
*Untuk peringatan kita semua dan bersama. 


Saya sayang kawan2 saya <3

No comments:

Post a Comment